Tuesday, November 18, 2008

LAWAK SELINGAN

Lawak 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?

Lawak 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 6
Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang. Bendul pun membuat laporan polis.

Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : %$@#

Lawak 7
Dalam kebun ada bermacam buah, tiba2 kebun tu terbakar; semua buah2an musnah kecuali 2 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. buah cempedak = diluar pagar
2. buah keranji = didalam perahu,dah dibawa belayar... jgn marahhaaaa....

Tuesday, September 23, 2008

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan 1429

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Sunday, September 14, 2008

SESIAPAPUN BOLEH

SERTAI PROGRAM SMART BISNES PARTNER diwaris.com UNTUK MEMBANTU ANDA MENCAPAI MATLAMAT KEBEBASAN KEWANGAN ANDA MENGIKUT KESESUAIAN MASA ANDA!!! ANDA AKAN DIBIMBING OLEH SYARIKAT YANG BERPENGALAMAN UNTUK MENJADI USAHAWAN TULEN DALAM BIDANG PEMASARAN INTERNET!!!
Klik banner dibawah ini segera :-
Di www.diwaris.com kami akan membimbing anda bagaimana untuk menjana pendapatan dari internet PERTAMA anda sebanyak RM19800 dalam masa 8 minggu!! Seterusnya kami akan membimbing anda untuk pendapatan puluhan malah ratusan ribu RM pula. Kami tidak menjanjikan anda untuk menjadi jutawan segera kerana kami BUKAN pengelola skim cepat kaya atau skim pelaburan internet yang di haramkan oleh kerajaan.
Klik banner dibawah ini segera:-

Dengan kerjasama Designel Media Sdn Bhd & Yayasan Bina Insan Malaysia kami akan membimbing anda untuk menjadi usahawan tulen dengan segala pengalaman yang ada pada kami.
Klik banner dibawah ini segera:-

Komitmen anda hanyalah modal serendah RM65, sejam atau dua jam anda sehari dan IMPIAN(kami tidak mahu membimbing usahawan yang tiada mempunyai impian atau cita-cita). RM65 sebulan ialah RM2.20 sen sehari.. jika anda rasa ianya mahal.. rasanya lebih baik anda jangan buang masa anda dan tutup sahaja web site ini dan teruskan kehidupan anda sekarang. Tetapi bayangkan jika hanya 10% usaha anda berjaya.. RM1980 adalah milik anda. Jika 1%.. RM198.. pun dah balik modal!! Jadi jangan hentikan IMPIAN atau cita-cita anda hanya kerana RM65 kerana kami akan memberikan komitmen kami untuk anda berjaya di dalam perniagaan ini!!
Klik banner dibawah ini segera:-

Kepada anda yang mampu dan mempunyai IMPIAN yang lebih besar kami menggalakkan anda untuk mengambil pakej RM225 iaitu 4 akaun(penjimatan sebanyak RM35) kerana selain dari pendapatan yang lumayan lebih banyak kelebihan atau keistimewaan ditawarkan untuk pakej ini. Kami juga menawarkan konsep PERKONGSIAN KEUNTUNGAN yang sungguh lumayan!! Oleh itu anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan pulang dengan tangan kosong!!

Saturday, August 30, 2008

LANGKAWI 16 - 18 Ogos 2008

Ha!! Comel x?! Ni kalau nk tau, anak abg yg sulong. Uih..seronok ni bejalan dekat cable car & jmbtn tengntung.. Best giler...dah ada kt atas 2, kitaorang berkesempatanla mengambil gambaq.. :-)





Percutian yg hebat & memuaskan hati. Sesambil 2 g honeymoon la. Sejak kawen x prnah2 lg g honeymoon. Kire ni pun family trip gak. Cuma abg yg second cannot go. Anyway all the program berjalan mengikut jadual, cuma sikit2 je lari la.


Yg ni penginapan semasa di langkawi. CD Motel dekat Pantai Chenang. Ni member aku yg sugestkan. So far semua berpuashatila. Dekat sgt dengan pantai n kedai pun banyak sekeliling Motel 2. so ok la.


Ni la sebahagian bangunan yg ada di CD Motel. So kalau korang berminat nk bermalam disini, boleh la g kesini.


Kereta yg disewa di Langkawi. Ranap jugak la 3 hari punyer sewa.harharhar


Ni acara kemuncak di Langkawi, membeli belah di IdamanSuri... Uihhhh kt sini pun ranap jugak duittttt..hikhikhik

Followers

About Me

Seri Manjung, Perak, Malaysia