Tuesday, September 23, 2008
Thursday, September 18, 2008
Ramadhan 1429
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Sunday, September 14, 2008
SESIAPAPUN BOLEH
Dengan kerjasama Designel Media Sdn Bhd & Yayasan Bina Insan Malaysia kami akan membimbing anda untuk menjadi usahawan tulen dengan segala pengalaman yang ada pada kami.
Komitmen anda hanyalah modal serendah RM65, sejam atau dua jam anda sehari dan IMPIAN(kami tidak mahu membimbing usahawan yang tiada mempunyai impian atau cita-cita). RM65 sebulan ialah RM2.20 sen sehari.. jika anda rasa ianya mahal.. rasanya lebih baik anda jangan buang masa anda dan tutup sahaja web site ini dan teruskan kehidupan anda sekarang. Tetapi bayangkan jika hanya 10% usaha anda berjaya.. RM1980 adalah milik anda. Jika 1%.. RM198.. pun dah balik modal!! Jadi jangan hentikan IMPIAN atau cita-cita anda hanya kerana RM65 kerana kami akan memberikan komitmen kami untuk anda berjaya di dalam perniagaan ini!!
Kepada anda yang mampu dan mempunyai IMPIAN yang lebih besar kami menggalakkan anda untuk mengambil pakej RM225 iaitu 4 akaun(penjimatan sebanyak RM35) kerana selain dari pendapatan yang lumayan lebih banyak kelebihan atau keistimewaan ditawarkan untuk pakej ini. Kami juga menawarkan konsep PERKONGSIAN KEUNTUNGAN yang sungguh lumayan!! Oleh itu anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan pulang dengan tangan kosong!!
Followers
About Me
- M e O n
- Seri Manjung, Perak, Malaysia











